Bismillahirrahmanirrahim...
Dari sahabat Shokhr Al Ghomidiy, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”
Assalamualaikum wbt sahabat...
Selamat pagi Roomate baik ku, Lami, yang baru saja masuk tidur (entah ape aje ko buat semalam), Selamat pagi sahabat baik ku, Bai, yang tak pernah cukup tidur (ko pun baru aje masuk tidur kan?), dan Selamat pagi jugak buat sahabat-sahabat ku yang lainnya,
Sobahul Khoir...
Memulai hari dengan kehangatan dhuha di pagi hari…..
Dalam syahdunya sujud menghadap Sang Rabbi…..
Teriring doa untuk kebaikan hari ini…..
Semoga hari ini penuh makna dan cerita…..
Bahwa aku hanya seorang hamba…..
Takkan bisa hidup tanpa dekapan kasih-Nya .....
Sumber: http://prasastisenjaku.blogspot.com
Aku suka pada pagi...
Apa sebenarnya ada dengan waktu pagi ni? Sudah menjadi kebiasaan dan kelaziman bagi aku untuk tidak tidur selepas subuh, tapi kalau ngantuk sangat tu, kekadang tidur jugak, rugi sebenarnya tidur di waktu pagi ni, salah satunya ialah terlepas dari golongan yang di doa kan oleh Qudwah Hasanah kita untuk diberkahi, sepertimana hadis diatas...
Kalau kat kampus ni, waktu selepas subuh adalah waktu dimana tidak ada walau satu pun suara manusia, sunyi sepi berbanding tengah-tengah malam, malah boleh dikatakan waktu tengah malam adalah waktu puncak bagi macam-macam permainan, dahsyat...
"Orang yang tidur di waktu pagi bererti menyengaja dirinya tidak menjadi sebahagian dari umat Islam yang didoakan Nabi sollallahu ’alaih wa sallam memperoleh berkah Allah di pagi hari"
Aku suka pada pagi...
Bagi aku, pagi itu adalah nikmat, nikmat yang tidak ada pada waktu tengahari, petang mahupun malam, dan ada satu pepatah Barat yang sangat menarik mengenai waktu pagi...
”The early bird catches the worm.”
(Burung yang terbang di pagi harilah yang bakal berhasil menangkap cacing).
Maknanya bukan Islam sahaja yang menganjurkan kelebihan waktu pagi, orang barat pun mengakui kelebihan waktu pagi itu sendiri...
Dan salah satu nikmat agung pagi ialah nikmat bangun subuh...
“…dan barangsiapa yang solat Subuh berjamaah, maka ia bagaikan solat semalam suntuk” (HR Muslim)
Besarkan nikmatnya, dan...
“Sesungguhnya tiada yang dirasa berat oleh seorang munafik, kecuali melaksanakan solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka tahu akan keagungan pahalanya, nescaya mereka bakal mendatanginya (ke masjid, shalat berjamaah) sekalipun harus berjalan merangkak-rangkak” (HR Bukhari Muslim)
Subhanallah,...
Satu lagi nikmat yang paling agung bagi aku ialah kesempatan menunaikan solat Sunat Dhuha, mana ada solat dhuha waktu tengahari, petang, malam, mesti waktu pagi kan,...
Firman Allah s.w.t :
"Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka."
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Dalam surah ni, Allah swt bersumpah atas nama waktu Dhuha, ini menunjukkan betapa waktu Dhuha itu penting dan pastinya sangat hebat ganjarannya, dan antara ganjaran yang dijanjikan oleh Allah ialah akan dicurahkan
kurnaan kepada hamba-hambanya, Rasulullah bersabda di dalam sebuah Hadists Qudsi,
“Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, kerana dengan solat tersebut, Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (HR Hakim dan Thabrani).
Suasana yang damai, udara yang sejuk dan segar, rumput yang berembun, burung-burung yang terbang, tenangkan, waktu ni lah time yang terbaik untuk aku study, buat revision, update diari study, dan plan program seharian, dan disebabkan suka pada pagi lah aku selalu berjalan untuk kekelas pagi, lagipun tidak pernah kah kite terasa lebih bertenaga di waktu pagi?
“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
(Miftah Daris Sa’a
dah, 2/216)
..............................................
"Lelaki yang paling kaya ialah
Lelaki yang paling rendah hatinya,
Lelaki yang sentiasa berzikir mengingati Allah,
dan Lelaki yang punyai Isteri Solehah"