Friday, November 25, 2011

Aku takut pada perempuan cantik


Bismillahirrahmanirrahim....

Rasulullah saw pernah bersabda:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ

"Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cubaan) yang lebih
berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita".

Assalamualaikum wbt sahabat,

Jujur aku katakan, sebagai lelaki yg sangat lemah, aku amat mudah tertarik pada perempuan cantik, lagi-lagi dalam kehidupan aku sekarang di kampus. Persekitaran yang dilaporkan lebih ramai perempuan berbanding lelaki, pasti cabarannya sangat tidak mudah,...

Kalo dulu masa sekolah menengah, tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan, dalam ape pun aktiviti, kecuali urusan pentadbiran dan pengurusan, masa tu aku tak pernah terfikir soal perempuan pun, nak usha-usha akhawat, tak fikir lah pulak soal tu, walaupun aku dulu tak baik sangat pun, fokus kami adalah ponteng kelas dan sekolah, tu aje, dan lepak kat pondok ngan kawan-kawan,...

Lepas spm aje, aku sambung diploma di sebuah kolej, aku sepertinya terkejut dengan kebebasan pergaulan antara lelaki dan perempuan, hurm, pendekkan crite aku pun tewas, juga pada perempuan cantik, sekarang ni, aku belajar dari kesilapan tu, cukup lah sekali aku buat salah, cuma utk terus istiqamah dengan kata-kata tu, cukup tidak mudah, hati aku selalu tergugat, terutamanya pada perempuan cantik,...

Dari Ali bin Zaid dari Said bi Al-Musayyib, dia berkata, “Tidak ada yang lebih mudah bagi setan untuk menggoda kecuali melalui perempuan.” Kemudian, Said berkata “Tidak ada sesuatu yang lebih aku takutkan daripada perempuan.”

Perempuan itu merupakan fitnah, bkn lah bermakna perempuan tu sbg objek yg jahat, tidak, aku tak pernah anggap perempuan tu jahat, cuma harus di akui, perempuan itu mudah di guna-guna, kecuali mereka yang berpegang teguh pada syariat dan garis panduan yg digaris bawahkan oleh islam, perempuan itu mampu menggugat keimanan seorang lelaki,...

Pengaruh perempuan ni sangat kuat, kalo lelaki kuat pada fizikalnya, maka sekuat itu juga lah kuat nya wanita pada pengaruhnya, perempuan kalo jatuh ke lembah yang sumbang, bahaya nya sangat besar, akan ada bersamanya fitnah yang turut dipesan oleh Nabi kita, dan sebaliknya, jika perempuan itu menggunakan pengaruhnya kedalam pembangunan dan kepimpinan, hasil nya juga sungguh menankjubkan, bukankah disebalik seorang lelaki yang berjaya itu ada seorang perempuan yang sentiasa menyokongnya,...

Aku takut pada perempuan cantik, rasanya lebih baik aku berkurung dibilik aje berbanding keluar yang pastinya akan terlepas kepada pandangan yang kurang meyakinkan aku, aktiviti aku yang selalu mengacara majlis sebelum ni, memang cukup mencabar, huhu, tergugat iman aku, sentiasa perlu berhadapan dengan perempuan yg macam-macam,...

Cukuplah sekali aku pernah lakukan kesilapan dulu ;

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ


Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba'da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Ertinya: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kruniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnian)." (QS. Ali Imran: 7)

semoga saja aku boleh tetap dengan hati aku sekarang ni, malah mengharapkan yang lebih baik dari sisiNYA, agar sentiasa terlindung dari kekejaman fitnah perempuan,




"Mawar itu cantik, tapi hati-hati, mawar itu juga berduri"

3 comments:

  1. ya ALLAH...
    nothing to said...
    juz shock with ur status at fb n now i'm here, read our explanation...
    juz a few hour talking about this matter with my mmbr of discussion group...=)
    Alhamdullilah, dpt pencerahan nya...
    what ever...gud luck for u...
    may ALLAH bless u forever...=)

    ReplyDelete
  2. kenapa ifa, ada yg tak kena ke dengan status tu?
    bkn lah sy nak menafikan tentang hakikat, smmgnya fitrah manusia, semua nak yg cantik dalam semua perkara, bkn stakat pasangan aje, termasuk jugak benda-benda lain, tapi yang saya maksudkan ialah tentang fitnah wanita itu, kecenderungan manusia akan terpikat pada yang cantik sahaja, sbb tu sy mention kan perempuan yang cantik....^^

    anyway, aktif bloging lg ke?

    ReplyDelete
  3. mmm, about ur status tu xde pun y x kena...hak masing2 nk tulis status pe kan kt fb...juz masa discussion group tu kebetulan persoalan status awk ada kaitan ngan isu2 hangat kt kampus sy skrg...hihihihi, xde pe sgt pun...kalau nk tls kt cini mmg smpai pg esok x hbs...
    jgn risau...sy bc comment2 awk kt fb tu...faham pe y awk nk masksudkan...

    jengah2 belog org tu still aktif...tp dh lama x update belog sdri, xde masa+malas kot...well, nntilah...mybe time stdy week nk dekat kot, mmg belog la dcarinya...!!!

    ReplyDelete